PM Anwar Tol Percuma Untuk Aidilfitri Bermula 19 April 2023

RzeeQ
By
RzeeQ
Founder
A founder for RZeeQ NetWork that make contribute to this site as a news editor and content creator. An artist by nature who enjoys video games,...
- Founder
1 Min Read

KUALA LUMPUR, 18 April — Pengguna jalan raya akan menikmati tol percuma di semua lebuh raya persendirian di seluruh negara bermula 19 April hingga 22 April serta 24 April, umum Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini menjelang sambutan Aidilfitri tahun ini yang dijangka akan jatuh pada hari Sabtu.

TOL PERCUMA UNTUK AIDILFITRI 2023

Anwar juga mengumumkan diskaun istimewa untuk denda trafik tetapi hanya untuk denda yang dikeluarkan pada 2022 kerana kerajaan cuba mendesak pesalah trafik untuk membayar. Setiap denda akan dikurangkan kepada RM50 sahaja.

Kerajaan bersetuju untuk melancarkan (program) Tol Rahmah Percuma iaitu pengecualian tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman untuk Aidilfitri,” katanya dalam sidang media pada siaran langsung televisyen.

“Tol Rahmah akan bermula 19 April 2023 (Rabu) sehingga 21 April 2023 (Jumaat) serta 24 April 2023 (Isnin). Tol Rahmah akan melibatkan 33 lebuh raya.”

AKAN DI KEMASKINI

- Advertisement -
Share This Article