Chef Wan Disahkan Menghidap Kanser Limfoma

Dalam catatan Instagram semalam, Chef Wan, 65, berkata doktornya memaklumkan dia menghidap kanser limfoma berikutan biopsi nodus limfanya.

RzeeQ
By
RzeeQ
Founder
A founder for RZeeQ NetWork that make contribute to this site as a news editor and content creator. An artist by nature who enjoys video games,...
- Founder
1 Min Read
Chef Wan berkata dia bersyukur keadaannya dapat dikesan lebih awal dan dia akan kekal positif. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Chef selebriti Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mendedahkan dia telah disahkan menghidap kanser.

Dalam catatan Instagram semalam, Chef Wan, 65, berkata doktornya memaklumkan dia menghidap kanser limfoma berikutan biopsi nodus limfanya.

“Mereka terpaksa menjalankannya (biopsi) dua kali untuk memastikan keputusan yang mereka perolehi. Saya memang menghidap kanser limfoma,” katanya.

Katanya, dia kemudian diminta berjumpa pakar onkologi Dr Jay Suriar dengan segera, yang menjelaskan semua langkah perlu yang perlu diambilnya.

“Perkara pertama adalah menjalani imbasan PET untuk melihat sama ada kanser telah merebak ke bahagian lain organ saya dan akhirnya menentukan tahap mana ia berada.

“Pagi Isnin depan, saya juga akan melakukan ujian sumsum tulang kerana kanser limfoma juga dikaitkan dengan sumsum tulang,” katanya sambil menambah dia perlu menjalani 13 pusingan kemoterapi.

Chef Wan juga berkata kemungkinan dia sembuh adalah antara 70% dan 80% kerana kanser ditemui agak awal.

“Adalah lebih baik untuk mengetahui perkara ini pada peringkat awal daripada apabila sudah terlambat.

“Inilah kehidupan. Anda hanya perlu mengambil perkara satu hari pada satu masa dan dengan cara yang positif,” katanya.

- Advertisement -
TAGGED:
Share This Article