Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Sehingga Lima Pautan Pada Profil

Dengan langkah ini, ia sekaligus mencabar sejumlah perkhidmatan lain di pasaran, termasuk seperti Linktree dan Socl

MrVeeto
By
MrVeeto
A stone cold heart with a lots of kind inside.
1 Min Read

Instagram hari ini membuat salah satu perubahan besar pada perkhidmatan mereka, membolehkan pengguna menambah sehingga lima pautan pada profil mereka – berbanding hanya satu pautan selama ini.

Dengan langkah ini, ia sekaligus mencabar sejumlah perkhidmatan lain di pasaran, termasuk seperti Linktree dan Socl.

Instagram Kini Membolehkan Anda Menambah Sehingga Lima Pautan Pada Profil

Ia dikatakan ciri ini adalah antara yang permintaannya tinggi dalam kalangan pengguna Instagram sebelum ini. Pengguna juga kini tidak perlu menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk memaparkan pautan, sebaliknya boleh menggunakan penawaran Instagram sendiri dalam menyertakan pautan-pautan mereka.

Ciri baharu ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada semua pengguna seluruh dunia.

- Advertisement -
TAGGED:
Share This Article