SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini telah mengeluarkan laporan Purata Kadar Kelajuan Internet di malaysia pada suku tahun berakhir 30 September 2022, sekaligus memperlihatkan perkembangan arena telekomunikasi di Malaysia.
Melaluinya, SKMM berkongsi mengatakan kini kadar kelajuan median yang dinikmati para pengguna di Malaysia adalah 30.65Mbps.
Dari segi kadar kelajuan purata adalah 52.48Mbps, tetapi kadar median lebih menggambarkan taburan sebenar dikalangan pengguna awam berbanding kadar purata.
Mengikut data terakhir, rangkaian 4G kini meliputi 95.82% kawasan berpenduduk di Malaysia. Angka untuk suku ketiga 2022 dijangka akan dikongsikan pada Oktober 2022 kelak, dijangka mengatasi angka tersebut.
Mengikut sasaran untuk penghujung 2022, kerajaan menyasarkan 4G meliputi 96.9% kawasan berpenduduk di Malaysia.