Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada notis rasmi hari ini menggesa semua majikan dalam sektor swasta untuk memberi ‘time-off’ atau tidak potong gaji kepada para pekerja mereka untuk menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) pada 19 November ini.
Majikan Digesa Tidak Potong Gaji Semasa Hari Mengundi
Keperluan itu merangkumi pemberian hari pelepasan berganti atau cuti tahunan untuk memudahkan para pekerja mengatur perjalanan mengundi mereka.
Malah, KSM turut menegaskan majikan tidak dibenarkan untuk mengenakan sebarang penalti atau memotong gaji perkerja yang tidak hadir susulan pada hari mengundi kelak.
Mana-mana majikan yang tidak mematuhi peringatan ini akan dikenakan tindakan perundangan di bawah subseksyen 25(1) Akta 5 membolehkan majikan didakwa, didenda sekitar RM5,000 atau penjara selama setahun jika disabitkan kesalahan.
Maka pertimbangan para majikan sektor swasta perlu dilaksanakan demi kepentingan negara.