Mark Zuckerberg Perkenal Meta Verified – RM50 hingga RM67 Sebulan Untuk Verified Account

Buat masa ini, Meta Verified ini diperkenalkan secara berperingkat, bermula di Australia dan New Zealand. Mark Zuckerberg mengatakan ia berharga $11.99 (RM50.00+) untuk langganan melalui web, atau $14.99 (RM67.00+) melalui iOS.

MrVeeto
By
MrVeeto
A stone cold heart with a lots of kind inside.
1 Min Read

Mark Zuckerberg hari ini secara rasminya mengumumkan pengenalan sebuah ciri baharu yang dinamakan sebagai Meta Verified.

Melalui perkhidmatan Meta Verified ini, ia merupakan khidmat langganan yang membolehkan pengguna melakukan pengesahan akaun mereka dengan menggunakan identiti yang disahkan kerajaan – sekaligus memberikan tanda biru pada akaun mereka.

Meta Verified

Disamping itu, Meta Verified akan turut memberikan perlindungan tambahan daripada akaun palsu yang cuba menyerupai anda. Pengguna juga akan diberikan akses terus kepada khidmat pelanggan untuk sebarang bantuan.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat, bermula di Australia dan New Zealand. Mark Zuckerberg mengatakan ia berharga $11.99 (RM50.00+) untuk langganan melalui web, atau $14.99 (RM67.00+) melalui iOS.

- Advertisement -
Share This Article