Nilai saham NVIDIA terus meningkat selari dengan permintaan tinggi dalam arena kecerdasan buatan, dan kini ia sekaligus membawa kepada NVIDIA mengatasi Apple sebagai syarikat kedua paling bernilai tinggi di dunia, hanya dibelakang Microsoft.
Pada masa yang sama juga, NVIDIA kini mencapai nilai syarikat $3 trilion.
NVIDIA sebelum ini telah ditubuhkan pada tahun 1991, dengan fokus utama ketika itu lebih ke arah industri permainan video. Namun, kebelakangan ini, cip yang dihasilkan oleh NVIDIA turut digunakan untuk melombong kriptowang, dan kebelakangan ini cip tersebut turut menguasakan kecerdasan buatan – sekaligus memperlihatkan produk NVIDIA digunakan selari peralihan permintaan industri.
Dengan arena kecerdasan buatan yang semakin popular kebelakangan ini, tidak mustahil kita melihat nilai sahamnya terus meningkat dari hari ke hari akan datang.