Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2025/2026 Mulai 13 Januari 2025 (Isnin)
Bagi tahun 2024, MARA masih meneruskan dasar sedia ada dengan 60 peratus pengambilan pelajar adalah daripada keluarga berpendapatan rendah (B40), dengan keutamaan turut diberikan kepada pemohon luar bandar dan miskin bandar.
Untuk makluman, calon boleh membuat semakan tawaran MRSM secara atas talian dengan menggunakan no kad pengenalan masing-masing mulai 13 Januari bagi ambilan pertama.
Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan tarikh-tarikh penting berkaitan tawaran kemasukan ke MRSM.
Tarikh Semakan MRSM 2025
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KEMASUKAN MRSM ULUL ALBAB / IGCSE / TEKNIKAL / KOGNITIF BITARA TINGKATAN 1 & 4 SESI 2025/2026
Semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 1 dan 4 sesi 2025 boleh disemak mulai 13 Januari 2025 pukul 12.30 tengah hari.
Menurut Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, tawaran kemasukan tersebut adalah berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi Tingkatan 1 dan 4.
TARIKH SEMAKAN TAWARAN KEMASUKAN MRSM TINGKATAN 1 & 4 SESI 2025/2026
- Semakan Pertama : 13 Januari 2025
- Semakan Kedua : 27 Januari 2025
- Semakan Ketiga: 3 Mac 2025
- Semakan Keempat : 17 Mac 2025
Cara Semakan Keputusan Permohonan MRSM
Calon boleh membuat semakan melalui pautan berikut:
- 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭
- https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT1
- 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟰
- https://mrsm.mara.gov.my/semakmrsmT4
Maksud Status Semakan Yang Dipaparkan
Ramai yang mesej bertanya mengenai status yang diterima seperti ini.
Sesiapa yang dapat status makluman seperti yang tertera, ini bermakna anak-anak pelajar lulus UKKM tetapi dimasukkan dalam senarai menunggu.
Ia bergantung kepada kekosongan di mana-mana MRSM kelak. Berasaskan rekod tahun-tahun sebelum ini, kebiasaannya 25-30% pelajar yang ditawarkan ke MRSM, menolak tawaran tersebut atas pelbagai sebab. Kekosongan yang ditinggalkan inilah yang akan diisi oleh calon-calon simpanan.
InsyaAllah, jika ada rezeki masih ada peluang untuk ditempatkan di MRSM-MRSM yang masih ada kekosongan yang ditinggalkan.
Untuk makluman, daripada 93,635 yang duduki UKKM, sejumlah 21,994 (35.91%) lulus dengan cemerlang melepasi syarat. Namun hanya 8,909 sahaja yang berjaya ditempatkan di 57 MRSM sesi 2025.
Sumber: Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Soalan Lazim (FAQ) Pengambilan MRSM 2025
𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗭𝗜𝗠 (𝗙𝗔𝗤) 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗠𝗥𝗦𝗠 𝗧𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝟭 𝗗𝗔𝗡 𝟰 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan permohonan dan pendaftaran kemasukan ke MRSM, sila hubungi MARA di saluran berikut:
- Portal rasmi MARA : www.mara.gov.my
- Telefon : 03-2613 2000
- Facebook : MAJLIS AMANAH RAKYAT
Sebarang persoalan berkaitan MRSM boleh disalurkan melalui e-mel pengambilanpelajar@mara.gov.my atau melalui talian rasmi Bahagian Pendidikan Menengah MARA : 03-2613 4531 / 32 / 33/ 17 / 16 / 78 / 34483