Afrika Selatan: Cyril Ramaphosa – sekurang-kurangnya $450 juta (£347m)
Cyril Ramaphosa memperoleh gaji tahunan sekitar $173,000 (£133k) sebagai presiden Afrika Selatan berikutan kenaikan gaji untuk pegawai yang dipilih pada Julai 2023. Walaupun gajinya hampir 18 kali lebih tinggi daripada purata pendapatan isi rumah rakyatnya, dia dilaporkan telah menderma separuh gajinya kepada badan amal sejak 2018.
Ramaphosa meletak jawatan sebagai pengerusi firma pelaburan Shanduka Group pada 2015 untuk mengelakkan konflik kepentingan dan menyelesaikan penjualan pegangannya setahun kemudian. Pada 2015, Forbes menganggarkan nilai bersihnya $450 juta (£347m). Tidak jelas bagaimana nilai bersihnya telah berubah sejak sembilan tahun lalu. Rampahosa menghadapi penyiasatan selepas wang tunai kira-kira $4 juta (£3.1 juta) ditemui disembunyikan di dalam rumahnya semasa kejadian pecah rumah di salah sebuah ladangnya. Namun begitu. sebuah badan pemerhati awam membersihkannya daripada sebarang salah laku.